It has been a while.

This blog desperately needs some updates!

.k.0.R.e.A. - day V & VI : beauty lies in the eys of beholders...



ye..aku lagi yang mengupdate lagi kerana aku bosan dan sekiranye aku tidak berbuat begini..aku mungkin akan transform jadi anak gajah...akan tetapi, memandangkan aku terlampau banyak
bercakap sebelum ini, kali ini entry ini akan menjadi picture-based entry...

day V : we are NAMINARIANS...the beauty of the world makes you want a DSLR...even though you don't know how to use it properly...


pintu pelabuhan ke nami island...nami island adalah pulau cerita winter sonata..sekiranya anda tidak tahu winter sonata itu apa, anda bukan rakyat malaysia...hahaha:p

tatkala ternampak bendera Malaysia, kami girang tidak terkata...almaklumlah, hampir seminggu di perhatikan seperti makhluk asing planet namek...

tiada apa yang perlu diterangkan di sini...ini umpama landmark seperti tugu negara yang orang akan amek gambar apabila ternampak sahaja....

ini pintu gerbang di atas nami island...

kelihatan seorang pakcik yang sedang hangat bercinta cuba melarikan diri dari termasuk dalam gambar ini...pakcik itu kelihatan sudah tua...aku rasa dia takut kantoi dengan isteri dia yang dia keluar dating dengan perempuan lain.....PERHATIAN : kepada isteri sebenar pakcik, sekiranya anda sedang nak tuntut cerai dan wang sara hidup, sila hubungi saya di blog ini, harga gambar boleh dirunding....sekali lagi aku terdigress dengan mereka cerita...maafkan aku, lately aku sedang mengikuti drama berunsur peguam....

ye, kami dengki dengan snowman yang sedang bercinta ini..kami sedang cuba memisahkan mereka...
ada ke tengah-tengah panas ni diorang tidak cair..power of love betul...
mereka sedang berbincang tentang hala tuju hubungan mereka...

kami bertiga tidak pernah menonton drama ini, tetapi kami ambil je gambar dengan mereka...yela, they are everywhere on the island....nak xnak terpaksala...aku ni, walaupun tak pernah tengok cerita tu, aku rasa aku cam pernah tengok keseluruhan episode after balik dari pulau tersebut....

bila ada pokok...kenala amek gambar-gambar begini...sekarang fahamkah kalian mengapa aku rasa nak ada DSLR eventho aku xdela reti pun nak pakai dia...

budak-budak korea di belakang itu baru lepas lompat dari kerusi kerana mereka mahu gambar yang melompat....



day VII : of shopping,qiller's last day and padlocks...

ini di area nandaemun market...

ini bukan boyfriend iran qiller...ini pakcik jual kebab yang jadi member kitorang yang dipandang hina oleh makcik-makcik korea...

ini adalah persekitaran namsan seoul tower...banyak gila pasangan kekasih meletak mangga disini...aku rasa satu hari nanti, menara ini mungkin roboh sebab mangga-mangga ini berat sangat...
night view yang cantik...angin terlampau kuat...tripod pun bergoyang...menghasilkan gambar yang tidak sharp...ini adalah salah satu alasan kenapa aku takde DSLR...umpama memberi buku kepada monyet...

kebetulan ada mangga dalam beg ziha...kami ingin juga terbabit dalam misi menumbangkan tower itu...

closing remarks on SEOUL:
1. remaja-remaja SEOUL sangat sakan bercinta
2. mereka juga suka melakukan vandalisme
3. makcik-makcik di SEOUL memang jakon tengok anda...oleh itu, anda tengokla mereka kembali...tapi itu hanya membuatkan anda kelihatan jakon juga...tapi kita kan pelancong...we ought to be fascinated...
4. pemandu-pemandu kereta di SEOUL sangat ganas...
5. SEOUL mungkin tidak seindah TOKYO, tapi kos hidup di SEOUL rendah berbanding TOKYO...
6. artis korea tidak keluar melepak seperti orang biasa...jangan harap nak bertemu mereka...hahahaha:p..artis malaysia pun susah nak jumpa...tapi hari tu aku jumpa tam spider yang dah x popular lagi...aku takde pun teringin nak ambil autograph dia...

p/s: sepatutnye ada lg dua gambar...tapi aku terdelete masa tgh tekan bakcspace...malas nak upload balik...it's taking forever tau...

Labels: 0 comments | edit post

Home sweet home =))

Yo yo!

Yeah! We're home at last! after a long, exciting yet tiring journey, we finally back in piece at where we belong to, Malaysia.

So how do you guys manage your jetlag?

Nad oo Nad!
Haven't heard from you for a month!

Update about your current life cpt!

P/s- Ijan n Fizah, I'm heading to JB on the 1st.Let's meet up.hehe.

.k.0.R.e.A. - day III & IV : when life gives you lemon, you can't really make lemonade


untuk mengelakkan sebarang keraguan berkaitan tajuk di atas,let me first explain the title...

we always heard people saying..."when live gives you lemon, make lemonade..."

but...

how can we make lemonade when there's no sugar provided?

This scenario described clearly our experience in this country. as far as day 3 and day 4 go, everything has been really really sour for us. We can't recall, even if there's any, sweet moments during our stay here so far. it mostly because of the scarf we are wearing..

hari ketiga...: of beautiful places and couple shirts

kami berjalan-jalan di kawasan Yeoido...ada apa dengan Yeoido?...nantikan kisahnye di bawah lagii~
ayuh kita mulakan cerita dengan proses perjalanan...walupun perkara ini membosankan, baca jelah...inikan summer...korang bukan buat apa sangat pun....
pagi itu, dalam perjalanan menaiki subway, seorang pakcik bermotor menghon kami berkali-kali sambil menunjuk-nunjuk kepala kami dan dia...ternyata kami tidak faham maksud pakcik itu...dengan perasaan sebal yang menebal...kami teruskan perjalanan..
di dalam subway, semua mata memandang kami seolah-olah kami adalah makhluk asing planet namek...entah-entah mereka lebih jakon melihat kami dari melihat makhluk-makhluk hijau
itu...apa tidaknya, ada seorang pakcik hampir terteleng leher ber"cast"nya semata-mata mahu melihat kami...kami sebal lagi...

sesampainye di MBC, kami pun mengambil gambar seperti yang lazimnye dilakukan pelancong...

harapan untuk bertemu celeb-celeb ternyata musnah kerana hari itu hari ahad...macamlah kalo hari tu bukan ahad kitorg dapat jumpa artis-artis tu...

dengan hati aku yang kecewa, kami meneruskan perjalanan ke Bangunan 63...xtau bangunan tu ape? google la 63 building...dia one of the landmark kat Korea...ada elevator yang laju...menurut dongengan, sekiranye anda berjaya tahan nafas sepanjang masa lif tu bergerak dr tingkat B1 ke tingkat 60, wish yang anda buat dalam tempoh itu akan menjadi kenyataan...if your wish is to die, the dongeng might be true...

sampai-sampai sahaja di bangunan 63, kat pintu masuk ni...seorang makcik menegur kami dan memegang kepala seorang budak sambil yeyoyeyo berbahasa korea...kami mestilah x paham...arakian itu, kami hanya mampu tersenyum walaupun budak itu sebenarnye macam nak sepak je makcik tu...kami sebal lagi sekali...
tetapi kesebalan terubat dengan kecantikan bangunan ini...kami paham kenapa ramai kekasih mahu datang bercengkerama di sini...bangunan ini cantik,menarik, tertarik kau memang da' bomb...

pandangan luar bangunan..gambar sedikit kontot...maklumlah menggunakan tangan dan kamera
biasa..bukan kamera yang apek dan naquib ada..(p/s:saje letak nama naquib di sini supaya dia komen..macam la kalo aku ada kamera diorang, gambar aku amek akan lebih better...dahla gambar ni qiller yang amek...hehe~)

interior bangunan tersebut...penuh lampu lampan...

di sky deck....

ku seru bunga mengelilingiku..*whoosh*whoosh*sound effect angin bawak bunga mengelilingi...sekali sekala nak rasa jadi dewi bunga...maaflah~
\
kitorang makan dippin dots kat sky lounge yang sangat comel...btw, ada satu budak suka giler amek gambar candid and this pic despite being comot and all, it shows that we are not afraid of mug shots...=p

ini pula gambar di sekitar kawasan bangunan 63...benda putih kecik itu adalah kepala ziha, bukan daun pokok...

later in the evening we went to chungyecheon...since hari itu hari minggu, ramai sungguh pasangan kekasih yang memakai pakaian yang seragam dari segi warna, gaya ataupun tulisan...melihat baju-baju itu teringat pula kepada subjek prisip marginal utility per dollar ekonomi di mana sesuatu yang berlebihan akan mengundan
g kemeluatan....ye...saya nerd...lalala~

asalnya, baju-baju itu memanglah comel and awww~....akan tetapi...apabila terlampau bersepah...naik meluat pun ada...sajela nak show off kekasih mereka...terasa baju yang aku pakai lagi cool, at least one of a kind...xde sape pun same...gila x variety diorang ni... gila berbaur dengki ayat-ayat ini...lalala~
tapi ada satu baju menarik perhatian kami kerana baju itu mempunyai arrow yang bertanda "this is my girlfriend" dan girlfriend orang itu tidak memakai baju balasan pun...aku rasa mungkin lelaki itu syok sendiri walhal perempuan itu rasa hanya kawan sahaja....atau mungkin itu cara halus perempuan itu mahu beritahu yang dia bahawasanya mahu memutuskan perhubungan mereka...atau bisa juga perempuan tu yang syok sendiri belikan lelaki tu baju tu dan lelaki yang suka benda free tu pulak tak paham bahasa inggeris...hahaha...terdigress pula...panjang pulak aku reka cerita pasal baju bodoh itu...

chungyecheon adalah tempat yang indah dan damai sekiranya anda pandai cari spot layan blues seperti seorang budak...
gambar hampir clear di waktu malam adalah tajaan tripod 11000won kami...

hari keempat : of emo and food...

dua budak pergi ke wutEverland...dan seorang budak pergi shopping tak ingat dunia...

wutEverland adalah taman tema yang tidaklah sebest Disneyland...mungkin in disebabkan oleh tiket masuk yang jauh lebih murah dari Disneyland...

pemergian ke wutEverland ternyata bukan keputusan yang bijak...berbekalkan kuasa shaman yang satu budak ada, awal-awal lagi dia sudah rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan trip ke wutEverland...bayangkan pagi itu, untuk pergi sahaja berulang alik kami menaiki subway yang sama...pergi stesen ini, orang ni kata g stesen lagi satu, pergi stesen lagi satu, orang tu kata pergi stesen lagi dua...

pening dan emo sungguh...dia ingat kami ada banyak masa ke nak jalan dari stesen ke stesen...dahla stesen tu bukannye best..kalo ada artis xpe jugak...ni ada makcik-makcik jakon je...sebab terlampau emo kami singgah makan aiskrim dan fries dan nugget udang...

usai makan, kami teruskan perjalanan...gila guna ayat novel tiba-tiba....sesampai sahaja di wutEverland, kami kami terus pergi cari permainan yang adventure..sesampai sahaja di tempat yang dimaksudkan, "we are closed due to inspection"...emo sungguh aku...punyalah emo, sampai pegi beli snowcone...

lepas abes makan snowcone, pergi naik rock n roll apa ntah...terasa melayang-layang kami di udara...siap ada cam ala-ala jatuh bebas..rasa macam burung pun ada...tapi akhirnya sedar diri tu manusia bila pening-pening lalat sesampainye di tanah rata...oleh kerana belum sampai tahap pening-pening gajah, kami pun naik sampai dua kali..ternyata kami pening nampak bintang-bintang selepas itu...btw, ada budak cuba potong barisan and aku mula mengaktifkan mode anak mata terkeluar dari soket mata...budak itu ternyata gentar dan dia berundur ke paksi asalan...
benda yang buat kami pening nampak bintang-bintang planet segala~

lantaran terlampau pening, kami buat keputusan masuk safari...line nak masuk safari tu punyalah panjang...emo betul...apa lagi, terpaksalah beli dippin dots..."makanlah dippin' dots, dia baik untuk emosi anda....(^^)"...harap-harap wakil dippin dots baca pos ni dan jadikan kami duta mereka...kepada dippin dots representative, iklan dippin dots secara x langsung ini tidaklah berharga mahal, kami hanya perlukan 50% daripada profit anda sebagai komisen...

abes je safari, tibalah masa untuk event yang ditunggu-tunggu...menaiki world's steepest wooden roller coaster...dengan merah membara semangat waja...kami mengatur langkah menuju ke arah tempat kejadian...

semangat juang kami yang lagi tinggi dari semangat pejuang-pejuang animal rights musnah,ranap tatkala sampai di pintu masuk dan penjaga gate cakap dengan english limitednye..."you cannot wear this to ride this...it's dangerous", while pointing at our scarf...seriously man, ****...come on la weyh...aku dahla datang jauh-jauh, ko tak nak kasik aku main...apala yang tudung aku bole buat kat roller coaster tu...mungkin x sebenarnye, apa yang kami rasa sehelai kain tudung nipis, dia nampak seperti bulu singa mengerbang-ngerbang?...gila bergaya gitu...

emo sungguh aku...keluar segala perkataan kesat yang pernah aku pelajari dari that 70's show....tak bagus betul cerita ni...tolonglah halang generasi-generasi muda belia dari menontonnye...sangatlah merosakkan otak...berbalik kepada emo tadi...sebab terlampau emo, kami singgah makan di gerai berhampiran...

kami tamatkan perjalanan di wutEverland sejam selepas itu...kerana terlampau marah, kami tidak mengambil banyak gambar di sana...mungkin juga kami sudah besar dan sudah tidak excited melihat benda-benda yang hanya kanak-kanak suka...baik balik umah tengok tv, tido...gila dewasa kami sekarang...feewiittt...

p.s: sekian sahaja cerita hari III & IV..cerita seterusnya akan disambung oleh nazihah...

Labels: 12 comments | edit post

Recap : Spain (Part I)

Spain was HOT! Not only the weather but also its people!
pwhew! it's hard to keep our eyes or probably just my eyes off of people :P

And I also REFUSE to use my color because it'll strain people's eyes to read the words so I'll just settle with black.

As you guys know, Ammar has updated about our stay in London and this post will be about Spain that has loooooong been overdue and as usual, let the pictures tell the rest of the story. So NAH! Amik ni!! *evil laugh*


Our first destination in Spain was Madrid. We toured Madrid with our bags in the hotness of the day and only God knows how tired we were and not to mention we got a free tanning session (not like we need one). And may I say that our decision to reduce our stuffs and use small bags instead of the big ones was really TEPAT. There were really a lot of interesting places to visit and the most important place that we didn't go was Real Madrid's stadium and that was really a bummer!
My advice is spend at least 2 days to explore Madrid because it has a lot to offer.



Our second destination was Cordoba. Cordoba is a small city with amazing middle Eastern architecture. I think the most important place is the Mezquita. It was originally a mosque but then, when the Christians invaded Spain, they converted the place into a church and you could see many statues and paintings about Christianity. There are also a lot of beautiful buildings in Cordoba but some of them might be closed on certain days, so do your research before planning your trip because you don't want to come and miss a few places!



Another city that we visited that has Middle Eastern influence in its architecture is Granada. I think that one full day is enough to visit Al-Hambra. Al-Hambra is a city that is comprised of palaces, a fortress and beautiful gardens with exotic plants that people would really much enjoy. Our hotel that we stayed in was just like 5 minutes walk to the old city and that was really convenient to us. Also, don't forget to visit the modern city of Granada where you would enjoy spending your money.



Our last stop in Spain was Barcelona and may I say this city is ...

TO BE CONTINUED .... -> (PART II)

~Ayat by Safwan.
~Pictures by AmmarFaris (~amore~)


WAIT!!!

As my journey is about to end....

These last bunch of words are dedicated from me (~amore), from the bottom of my sincere heart to....

To Ijan, Ziha & Qiller :
Thank you very very much for sharing your experience there in Japan and Korea. Haha.. Could not wait to seek my chance to go to the 'negara matahari terbit'.... Korea? Hmmm still thinking... hehe..

To Safwan, Milah, Meena, & Assem :
Thanks a lot for inviting me to join you guys in your EURO trip.
I've learnt numerous lessons and experience throughout this journey that i embarked with you guys...You guys are cool and awesome... Kalu korang x de, dah lama ak sesat...

Some parts of the trip are quite exhausting and tiring, i should admit... full of adventure and obstacles, but it comes with penat and tension as well ~ a full package ~ at least for me lah... Thus, i would like to apologize for all the wrong things that i've done throughout this trip... SORRY sangat2 kalu ade salah and silap...

Sad to know that it is about to end, so as my holidays.... haha... back to school lah jawabnyer...
Really wanna join you guys sambung your journey.... tapi nak wat camner kan...

So, last but not least,
TAKE CARE, be ALERT, be HAPPY...have a SAFE JOURNEY and ENJOY the REST of your SUMMER kat EUROPE,UK andMALAYSIA okay...


Keep in touch all of you.... MAY ALLAH BLESS YOU ALL...
Labels: 7 comments | edit post

.k.0.R.e.A. - day I & II : Indah expectation dari rupa....

DISCLAIMER: behold... a lenghthy post as the writer is well-known for her ability to talk non-stop...

hari pertama...

kami, saya terutamanya, sangatlah amat teruja...almaklumlah, ni kan konon-konon negara bakal mak mentua..hahahaha=p...sedari dalam kapal terbang sudah cuba menghafal ayat-ayat memperkenalkan diri...tidak lupa nama-nama makanan supaya tidak kebuluran kelak...

sudah terbayang muka-muka mesra seperti mana yang dijumppai di Jepun...sudah terbayang usaha keras merojak bahasa melayu dan inggeris...

ternyata sangkaan itu meleset same sekali...

sesampainya di hotel hilton, sibuklah pakcik2loceng a.k.a bellboy mahu menolong...di saat mereka sedar budak-budak hinaan ini menginap di hostel buruk seberang jalan mereka melepaskan beg-beg itu dan me"warn" rakan-rakan supaya tidak mempedulikan kami...biadab betul mereka...materialistic!kalah aku!

hostel comel kami ternyata tidak mengecewakan dengan puluhan rangkaian televisyen untuk ditontoni...akan tetapi, INTERNET! kura-kura bole diibaratkan sebagai pelari handalan, pencipt
a rekod lari dunia...

lantaran terlampau penat kami tidur sejenak...dua budak bangun untuk pergi mengisi perut manakala seorang budak terus tidur mati kerana terlampau penat kurang tidur malam sebelumnye... selamat dia tidur mati..kalo tak dia mesti freak out seperti seorang yang budak yang
menerima layanan buruk dari makcik kedai makan...

hari kedua...

budak yang terlampau freak out itu menghantar signal S.O.S kepada kawan sekolah dulu-dulu...kawan itu mengajak budak-budak itu pergi makan makanan halal di ITAEWON...siap g masjid dia sembahyang...masjid tu besar woo...tapi x sempat amek gambar...sembahyang lama sangat...perempuan~...banyak proses ok...
part of masjid yang berjaya diambil gambar, macam kat malaysia tu!

malam itu berkenalan dengan jiran kami bernama Noriko..dia adalah kipas-susah-mati SUPER JUNIOR...Penguasaan bahasa Inggeris Noriko sangatlah lemah...oleh itu kami berbual dengan gaya ala-ala permainan regu tu...(sape tak tau regu tu apa, sila tanye dalam ruangan komen)...akan tetapi dia mampu berbahasa Korea dengan hanya menonton rancangan-rancangan Korea...hebat minah tu!

dia menjadi tour guide kami pada malam itu walaupun dia pun baru je sampai pada hari yang sama dengan kami...siap belanja kitorg makan kat kedai bibimbap...

makcik membuat bibimbap dan kami yang ceria menanti bibimbap..yang tengah itu bukan qiller yang dah free hair...itulah noriko...

Noriko took us to Myeongdong area and that area is really beautiful at night...we somehow felt like we are at home since there are lots of shops that we can normally found in the States...

we only took picture with things we can found in Korea, we didn't take the picture of those familiar shops as we found it B.O.R.I.N.G~

p.s: since the color I'm supposed to use is hard to be read...I now officially change my color to black...hehe(^^)
Labels: 12 comments | edit post